Monday, January 23, 2012

Testing try trial

I know that I'm noob.. Diz is my 1st trial of using my blacberry to post something here ...

So let's see jadi atau tak .. :)

peace yaww

Monday, January 16, 2012

BUTA

setiap orang pernah curang kan ? kasi peluang la sekali lagi walau terluka..lagipun benda tu dah lepas, now he not going do the same kan ? yakin ke ? insyalllah..andai jodoh milik kita..






yes it is ! :)

Sunday, January 15, 2012

LA TAHZAN



di kala ini aku merasa sepi
sunyi
tak berhaluan
rasa seperti seluruh dunia menghukum ku
terasa seperti aku hanya dalam dunia ku yang sempit
banyak betul masalah yang menyesak dalam benak ! 
bertubi-tubi macam tak ada sikit pun petanda akan reda


but, seriously ! i need to stop all these crap !
sampai bila aku nak rasa macam ni? 
terhukum segala perasaan tahu tak ???
dari benda kecik pun da boley jadi gadoh ..
ehm ntah apaapa..
sapa nak tahan weyh ?
sudahnya aku ternampak sepotong ayat neyh 


see.. tu baru betul kan ? 
sesungguhnya ALLAH tu sentiasa bersama hambanya
kenapa nak rasa sunyi ? 
kenapa nak rasa sendirian ?
sedangkan ALLAH tidak pernah meninggalkan hambaNYA
kecuali hambaNYA yang sering lupakan penciptaNYA
terlalu leka dengan duniawi yang tak kekal


Sepanjang aku hidup 
lebih banyak nikmat yang aku dapat , tapi kenapa bila sedih asyik kenangkan penderitaan?
sedangkan derita tu tak sampai 1/10 pun kalau dihitung pada skalanya
belajar bersyukur ateyn !
sekurang-kurangnya kau sempurna pada zahir
tak cacat apa pun..
kau ada mama kau ada abah, 
betapa ramai kat luar sana yang sedari mereka buka mata tak kenal pun 
siapa keluarga mereka
SYUKURLAH ateyn



INGAT ! kalau ALLAH duga, maknanya ALLAH sayangkan kamu !
ALLAH takkan pernah menguji hambanya melebihi kemampuan mereka
mestilah ada sinar di setiap penghujung jalan





dan sesungguhnya pixcha last neyh banyak bagi aku buka mata



p/s : awak, saya sayangkan awak ! saya minta maaf :')

one more thing , all the images are not mine , credit to google.com :) 

Friday, January 13, 2012

ALHAMDULILLAH

perlu ke kesempurnaan andai diri tak layak untuk nya? redha kah aku andai hari esok ALLAH tarik segala nikmat yang telah diberikan ? apa mungkin hari ini akan sama seperti semalam ? 

Kadangkadang rasa 3 tahun di maahad macam siasia berlalu macam tu je. menyesal takde guna pun. dah balik KL lagi la takde inputnya.. tapi kan setiap yang berlaku ada hikmah di hujung nya kan.. kalau tak aku takkan jumpa sahabat terbaik.. 

Macam masa mulamula nak study kat pahang, erk seriously macam lost masa mulamula sampai muadzam. fine, aku bukan lah bandar sangat tapi kalau dah masa tu kiri kanan hutan , orang asli sana sini secara logiknya mesti la kita akan rasa sangat lah tak secure.. rasa nak nangis tarik je mama & abah balik KL masa tu jugak !  tapi sekarang dah masuk 4 tahun dah pun kat sana, and diz will be my last final year kat sana (2008-2012).. lama kowt ! and aku tak pernah regret berada di sana. kenapa? sebab banyak yang aku belajar kat sana yang bukan hanya setakat ada pada syllabus buku teks je. aku akui banyak jalan yang aku salah pilih, tapi alhamdulillah aku tak jauh tersesat, masih ada insan yang sudi tarik aku melalui jalan yang harus aku lalu. Semua tu aku tak yakin aku akan lalui kalau aku still study kat KL. mungkin kalau aku kat sini lagi jauh aku tersimpang. siapa tahu kan ? ramai je membemembe yang jauh jalan yang dipilih. ALHAMDULILLAH aku masih ingat padaNYA. tak terdetik nak ria' dan takbur atau bercakap besar sebab perjalanan aku masih jauh.. banyak lagi ilmu yang perlu aku dalami, banyak lagi dugaan dan rintangan yang aku perlu tempuh. cuma aku rasa bersyukur sangat YA ALLAH.. temukan aku dengan kawankawan yang baik, kurniakan aku keluarga yang baik, turunkan aku jodoh yang baik(aminn...) :) 

aku yang hari ini boleh menangis kalau tengok aku yang semalam. betapa bodohnya aku saat itu... tapi insyallah aku yang esok boleh tersenyum melihat aku yang hari ini..INSYALLAH..

tadi masa online facebook ternampak pulak gosip FARAH LEE ngn ALLY ISKANDAR sah nikah 20hb januari ni.. ALHAMDULILLAH.. :) mendoakan agar keduanya akan kekal ke akhir hayat di dunia dan akhirat kelak hendaknya.. Sesungguhnya jodoh yang baik itu datang dari ALLAH.. suka tengok FL tu, berutung AI dpat dia kan.. cukup sempurna baik dari rupa parasnya juga pada solehahnya..memang benar kita tak dapat mengukur keimanan seseorang tapi cantiknya dia menutup aurat.. 




Thursday, January 12, 2012

itu namanya LELAKI

pernah aku berlari tanpa henti
hingga sampai ke hujung aku lelah 
dan tak mengerti untuk apa aku berlari?

pernah aku berlari tanpa sedikit pun menoleh ke sekeliling
hingga tersungkur aku sakit tak bertepi
lukanya yang dalam terlalu sukar untuk aku ubati

kini aku berlari sambil menggenggam erat tangan itu
tangan yang penuh dengan urat yang bisa menggegar kan jantung ku
ku genggam tanda aku tidak mahu tangan itu menjauh
ku berharap agar tangan itu bisa dan mampu
untuk menghilangkan lelahku
mengubati segala luka ku

namun ku akur tangan itu hanya ingin mengubatiku
hanya ingin menghilangkan lelahku tika aku tidak mampu bernafas
hanya ingin memberi aku cinta yang tiada bandingan
memberikan aku sayang yang tidak bertepi
tapi takkan bisa mau aku mengubat lukanya
jatuh ego nya andai aku menyuapkan setitis air tika lelah dan penat mengharung hari...

apa mampu ku lakukan andai itu engkau
lelaki sememang dihadirkan begitu
fitrah yang tak mampu untuk aku elakkan 

sampai kapan

duduk bagai tiada lagi senangnya
ikutkan rasa hati mau saja menghumban diri ke dalam laut
jiwa bagai kosong membiar air mata merembes tanpa kata
sakitnya hati sakitnya jantung

ah persetan ! 
kau takkan mengerti segala yang bermain di hati
kau takkan memahami kisah rasaku
kenapa?
sampai kapan kau mahu begitu?
berdiam sendiri memendam rasa?
sudahnya aku yang makin terluka

terima kasih ! 


catatan jiwa #serabut