Friday, February 24, 2012

Buat sahabat Nor Hayatun Nofus

Assalammualaikum..

Hai sahabat ! Sihat tak? Lama tak bergurau sama sama kan .. Aku rindu kau ! Masyallah teramat sangat , sama la macam aku rindu nadya yg blur tuh(kan nadya kan) and pyqa yg lg budak budak dari budak budak ! Haha tapi kan, seriously aku rindu kau lagi banyak(shhh..jangan bagitawu dorg taw..haha) *malu tutup muka dengan bantal*

Eh kenapa ye aku tulis entry ni? Haaaaa entry ni kan aku tulis via blackberry weh , hebat tak aku? Mesti kau kagum kan .. Hahaha melalut ! Sebenarnya kan aku bukan setakat nak gtawu kehebatan aku yang confirm kau pun dah tahu kan -____-" tapi kan aku nak kau tahu yang aku,nadya and fyqa sangat concern kan kau.. Sebab apa? Sebab kita kan sahabat sampai mati. Eh silap mana pulak sahabat , kita kan pa badek ! Lupa ea? Macam mana boleh lupa? Marah ni *pegang rotan* Kau nak tahu tak tung, selama kita kawan kan, aku jeles ngan lesung pipit kau ! Haha aku merepek apa ni dowh, okay okay back to the main point ea,

Yes Hayatun ! I know its hard for you to accept all this right now.. Sangat susah walaupun aku sendiri belum pernah rasa, tapi secara logikal akal aku ni ianya memang teramat payah. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan? Tapi sayang, kau tak seorang ! Kau ada adk beradik kau, kau ada umi, kau ada abah kau.. Dan kau ada kami..untuk apa DAZZLING kalau bukan untuk pikul bahu kau sama sama ... Untuk apa aku kawan ngan kau bertahun lamanya kalau hanya sekadar untuk gelak ketawa je .. Aku nak jugak nangis ngan kau, aku nak dengar apa yang ada dalam hati kau.. Aku nak share semua yang sesak kan otak kau tu..kau tahu kenapa? Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku..kalau kau sakit musnah lah aku.. Cukup dah, kau jangan pendam semua dalam diri kau je, kau jangan buat kitorg macam tak wujud untuk kau luahkan ! Its not right ! Seriously...

Nofus . Kau sahabat kau teman . Aku rindu nak peluk kau, aku nak tengok kau senyum , aku rindu lesung pipit kau. Tapi tak beerti kau perlu berlakon gembira depan aku sebab kau bukan pelakon yang hebat.. Cukup lah berlagak kuat .. Jangan tak hiraukan lagi semua insan yang sayangkan kau di sekeliling kau ... Kalau kau perlukan telinga, ya ALLAH telinga aku cukup besar untuk dengar semuanya... Just wanna you know sayang that we all love you infinity ! :') thanks sayang kalau sudi baca entry aku yang tak seberapa sahabat... Assalamualaikum

P/s: mari kita sedekahkan al-fatihah buat arwah ibu Nor Hayatun Nofus.. Yang hidup pasti akan mati kan, itu bukan sekadar janji tapi PASTI..kita yang hidup teruskan perjuangan..insyallah ..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: